MAKLUMAN : Permohonan Kemasukan Ke IPTA & Politeknik Sesi 2014/2015

Tulisan dalam Akademik, Umum oleh admin

Permohonan Kemasukan Ke IPTA & Politeknik Sesi 2014/2015 telah dibuka kepada umum pada 20 Januari 2014. Maklumat permohonan boleh dirujuk melalui klik dibawah :

Permohonan Ke IPTA & Politeknik 2014/2015

Kepada lepasan SPM 2012 & 2013 yg berminat untuk memohon boleh berjumpa dengan Cikgu Zulfikar Amirruddin untuk pembelian nombor pin dan membuat pendaftaran serta pemilihan kursus. Nombor pin juga bole dibeli di Bank Simpanan Nasional yang berhampiran. Harga untuk pembelian No. Pin adalah RM 10.60.

Tarikh Tutup Permohonan : 07 April 2014

Keputusan Permohonan Ke SBP Tingkatan 4 Tahun 2014

Tulisan dalam Akademik oleh admin

Hebahan kepada pelajar yang memohon untuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 4 dimaklumkan bahawa semakan online keputusan kemasukan telah pun dibuka bermula 16 Januari 2014. Klik untuk semakan :

Semakan Keputusan Ke SBP Tingkatan 4

Sekiranya berjaya dan bersetuju menerima tawaran ini, surat dan lampiran tawaran MESTI DICETAK (diperlukan pada hari pendaftaran).

 

Sekiranya tidak berjaya, Permohonan E-Rayuan boleh dibuat bermula 16 Januari 2013 10.00 pagi.

 

Permohonan Online GIATMARA 2014

Tulisan dalam Akademik oleh admin

Permohonan Online GIATMARA telah dibuka. Sesiapa berminat untuk mengambil Kursus Pensijilan Kemahiran boleh memohon secara online.

Permohonan Online GIATMARA 2014

Sekiranya mempunyai masalah dan inginkan khidmat nasihat pemilihan kursus serta membuat permohonan online boleh buat temujanji bersama Guru Bimbingan Kaunseling En. Zulfikar Amirruddin.

Semakan Ke Kolej Vokasional 2014

Tulisan dalam Akademik oleh admin

 TAHNIAH kepada pelajar yang telah berjaya menerima panggilan KOLEJ VOKASIONAL. Pelaburan & usaha anda untuk mencapai keputusan terbaik dalam PMR membuahkan hasil dengan mendapat tempat dalam bidang yang diinginkan. Semoga berjaya di tempat yang lain. Semakan melalui link di bawah:

SEMAKAN PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL 2014

Kepada yang gagal masih boleh membuat rayuan sendiri di Kolej Vokasional yang dimohon.

 

Fungsi Otak Kanan dan Otak Kiri

Tulisan dalam Umum oleh admin

Otak kanan merupakan tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama music, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian. Daya ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang (long term memory).

Otak kiri pula berfungsi dalam hal mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat perbezaan, menyimpan data dan fakta, analisis, angka, urutan, tulisan, bahasa, kiraan dan memahami logik. Daya ingatan otak kiri adalah bersifat jangka pendek (short term memory).

Kalau korang nak tau, otak kanan adalah lebih efektif berbanding otak kiri, tetapi ia perlu dilatih dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Lagi satu, proses pengajaran dan pembelajaran tu seelok-eloknya dimulakan ketika budak atau anak berusia 6 bulan. Kalau budak dah besar panjang, jadi susah sikit nak latih diorang guna otak kanan. Orang dewasa biasanya lebih banyak menggunakan otak kiri.

 

Latihan Merangsang Otak Kanan

Ada banyak kaedah yang boleh kita guna untuk latih budak-budak guna otak kanan. Tak semestinya kena hantar ke sekolah khas. Kat rumah pon boleh buat. Antara kaedah yang boleh kita guna untuk merangsang otak kanan adalah seperti berikut:

  • Ketika anak hendak tidur, bisikkan ke telinganya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayangkan mereka. Ketika hendak tidur atau dalam keadaan tidur ayam, otak kanan sedang bekerja manakala otak kiri tidur.
  • Gerak kerja tangan adalah hasil daripada otak kanan. So, cuba ajar anak main tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas dan seumpamanya. Kemudian, kemas balik barang-barang tu bersama mereka. Selain itu, boleh juga cuba lukis gambar, contohnya gambar rama-rama dengan hanya sebelah badan, kemudian minta anak sambung lukis mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi.
  • Jangan marah atau tengking anak sebab mereka boleh menyimpan semuanya dalam otak kiri. Jika ia dilakukan secara tidak sengaja, balik semula pada cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.
  • Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita. Kemudian suruh mereka sambung cerita tu.
  • Main teka-teki dengan anak. Letak satu barang dalam kotak, kemudian suruh anak teka barangan tersebut. Untuk permulaan, berikan mereka clue dengan menggambarkan jenis barang dalam kotak itu seperti memberitahu warna atau bunyi.

Kaedah-kaedah ni kalau boleh jangan buat dalam tempoh yang terlalu lama sebab ianya mungkin membosankan. Buat selama setengah jam sehari pon dah cukup. Sambil2 belajar tu, dapat juga rapatkan lagi hubungan yang sihat antara ibu bapa dengan anak-anak, kan?

Semakan Tawaran KPLSPM Ambilan Jun 2012

Tulisan dalam Akademik oleh admin

Mereka yang ada memohon Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2012 bagi memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) atau sebelum ini dikenali sebagai Maktab Perguruan dan telah menjalani proses temuduga dan Ujian Insak yang ditetapkan sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka.

Semakan Keputusan Permohonan KPLSPM 2012

Semakan keputusan permohonan KPLSPM ke IPG ini boleh dibuat melalui internet dan sms.

Semakan Melalui Internet

Semakan boleh dibuat di laman web Kementerian Pelajaran di portal:

 

Semakan Melalui SMS

Semakan keputusan permohonan menggunakan SMS boleh dibuat seperti:

  • MOE<jarak>KPLSPM<jarak>NOKP dan hantar ke 15888.
    contoh: MOE KPLSPM 910121102324 dan hantar ke 15888.

Bagi semakan nama kursus yang berjaya ditawarkan secara sms sila taip :

  • MOE<jarak>KURKPLSPM<jarak>KODKURSUS dan hantar ke 15888.
    contoh: MOE KURKPLSPM S01010101P dan hantar ke 15888

 

Pengesahan dan Surat Tawaran

Semua calon yang berjaya perlu membuat pengesahan tawaran dan memuat turun surat tawaran sementara dan dokumen berkaitan bagi tujuan pendaftaran menerusi portal di atas.

Borang Am 402

Borang Laporan Perubatan bagi pemeriksaan doktor untuk perlantikan ke perkhidmatan kerajaan boleh dimuat turun di Borang Am 402.

Permohonan Rayuan

Sebagaimana tahun lepas tiada permohanan rayuan dijangka akan dibuka untuk mereka yang gagal mendapat tawaran ke IPGM ini. Walaupun begitu tidak ada halangan untuk anda menulis surat rayuan ke Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia,  Aras 3, Blok E13, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya (u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar).

Pertanyaan

Sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan Keputusan Permohonan KPLSPM 2012 ini sila hubungi Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Bahagian Pendidikan Guru di talian 03 88844 1260/ 1245/ 1243/ 1235/ 1229/ 1228.

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke TEVT & ILKA 2012

Tulisan dalam Akademik oleh admin

 

Keputusan Permohonan TEVT & ILKA

 

Mereka yang ada membuat Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) & Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui UPU bagi bagi lepasan SPM & setaraf lepasan SKM sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka hari ini 30 Mei 2012 mulai pukul 12 tengahari.

Semakan Keputusan Permohonan TEVT & ILKA

Semakan keputusan permohonan ini boleh dibuat seperti berikut:

 

Penerimaan Tawaran

  • Semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran.
  • Pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui laman web berikut:
  1. Jabatan Pengajian Politeknik
  2. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
  3. Kementerian Belia Dan Sukan atau terus ke Status Permohonan
  4. Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia
  5. Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan
  6. Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan atau terus ke Perkhidmatan Dalam Talian
  7. Majlis Amanah Rakyat
  • Semakan maklumat dan cetakan surat tawaran pun boleh dilakukan di laman web di atas.
  • Maklumat yang berkenaan akan boleh dicetak mulai 4 Jun 2012.

 

Pendaftaran

Tarikh pendaftaran pelajar baru ke institusi TEVT & ILKA akan bermula pada 25 Jun 2012 sehingga 9 Julai 2012.
 

Rayuan

  • Mereka yang tidak berjaya mendapat tawaran ke Institusi Latihan TEVT & ILKA bagi sesi kemasukan ini boleh membuat rayuan.
  • Rayuan hendaklah dikemukakan terus kepada Institusi / Agensi TEVT & ILKA yang berkaitan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan diumumkan.
  • Dasar pemilihan permohonan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang berlaku mengikut kursus dan Institusi Latihan TEVT & ILKA selepas pendaftaran pelajar baru.
  • Tarikh tutup permohonan rayuan adalah 9 Jun 2012.
  • Jika tiada sebarang tawaran diterima dari TEVT & ILKA 4 minggu selepas tarikh pendaftaran ke Institusi Latihan TEVT & ILKA berkaitan, maka rayuan mereka dianggap gagal.
  • Mereka yang gagal boleh membuat permohonan ke Institusi Latihan TEVT & ILKA bagi sesi kemasukan seterusnya yang akan dikendalikan oleh Institusi / Agensi yang berkenaan.

 

Maklumat

  • Sila rujuk Soal Jawab Tawaran & Rayuan Kemasukan TEVT & ILKA 2012
  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 atau 03-8883 5801/5802 atau faks 03 8889 4260 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada TEVT & ILKA yang berkenaan.

Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam

Tulisan dalam Kerjaya oleh admin

 

 

Kami mencari individu yang berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, daya tahan, komitmen, orientasi sosial serta semangat berpasukan yang tinggi untuk menyertai perkhidmatan awam.

 

Daftarlah melalui Portal SPA di Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i)
Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarangsurat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah setahun. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.
Dalam bulan Mei ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong peringkat Ijazah/Diploma/SPM yang dilaporkan oleh beberapa Kementerian/Jabatan. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan-jawatan di bawah tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Tarikh tutup untuk permohonan baru bagi kekosongan jawatan di bawah adalah sebelum atau pada 20 Mei 2012 (Ahad) jam 11.59 malam.
 

 

IJAZAH (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL)
Jurutera (Awam) Gred J41 [ Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas ]
Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41 [ Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas ]
Pegawai Penerangan Gred S41 [ Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas ]
 

 

DIPLOMA (KUMPULAN SOKONGAN I)
Penolong Jurutera (Awam) Gred J29 [ Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas ]
Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C27 [ Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas ]
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27 [ Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas ]
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DGA 29 (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) [ Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas ]
 

 

SPM (KUMPULAN SOKONGAN II)
Pembantu Perikanan Gred G17 [ Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas ]
Pembantu Keselamatan Gred KP17 [ Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas ]
Pembantu Pemuliharaan Gred S17 [ Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas ]

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2012

Tulisan dalam Akademik oleh admin

Keputusan Permohonan UPU IPTA, KPLSPM, Matrikulasi, Politeknik, Tingkatan 6, CIAST, IKBN/IKBNT, IKM, ILP, JMTI, KKTM, Kolej Komuniti, NATC, ADTEC

 

Senarai tarikh semakan temuduga, tarikh keputusan permohonan dan tarikh pendaftaran pelajar baru bagi Matrikulasi, UPU, USM, KPLSPM, Politeknik, program TEVT, ILKA dan Tingkatan 6 untuk tahun 2012. Diharap senarai tarikh semakan keputusan permohonan ini dapat membantu para pemohon.

UPU – Lepasan SPM

Tarikh Rujukan
Semakan Temuduga (untuk kursus yang ada temuduga sahaja) 11 April 201212 April 2012 UTMUiTM dan UPSIUPNM
Temuduga 12 – 24 Apr 2012
Keputusan Permohonan Awal Mei 2012 akan dikemaskini #
Penerimaan Tawaran Ditutup Mei 2012
Rayuan Ditutup Mei 2012
Pendaftaran Pelajar Baru – Asasi- Diploma 27 Mei 20123 Jun 2012
Keputusan Rayuan Jun 2012

 

UPU – Program TEVT & ILKA

IKBN/IKBNT, IKM, ILP, JMTI, KKTM, Kolej Komuniti, NATC, ADTEC

Tarikh Rujukan
Semakan Temuduga (untuk kursus yang ada temuduga sahaja) 18 April 2012 ILJTM IKBN
Keputusan Permohonan Akhir Mei 2012 akan dikemaskini #
Penerimaan Tawaran Ditutup Jun 2012
Rayuan Ditutup Jun 2012
Pendaftaran Pelajar Baru 1 – 15 Julai 2012
Keputusan Rayuan Julai 2012

 

POLITEKNIK

Tarikh Rujukan
Semakan Panggilan Temuduga 12 April 2012 politeknik.edu.my
Temuduga 16 & 17 Apr 2012
Keputusan Permohonan (Program Diploma Politeknik Premier) Minggu kedua Mei akan dikemaskini #
Keputusan Permohonan (Program Diploma Politeknik Konvensional/ METrO) Minggu pertama Jun
Keputusan Permohonan (Program Diploma Lulusan Sijil Kolej Komuniti / Politeknik KPT / Institut Kemahiran) Minggu pertama Jun
Keputusan Permohonan (Program Diploma Lanjutan) Minggu pertama Jun
Rayuan Ditutup Jun 2012
Pendaftaran Pelajar Baru 8 & 9 Julai 2012
Keputusan Rayuan Julai 2012

 

CIAST

Ambilan Mei Tarikh Rujukan
Keputusan Permohonan 17 April 2012 CIAST
Pendaftaran Pelajar Baru 2 Mei 2012

 

Ambilan September Tarikh Rujukan
Semakan Temuduga (untuk kursus yang ada temuduga sahaja) 17 April 2012 CIAST
Temuduga 23 – 26 April 2012
Keputusan Permohonan Akhir Mei akan dikemaskini #
Pendaftaran Pelajar Baru September 2012

 

UPU – Lepasan STPM & Setaraf  (Bukan Pendidikan)

Tarikh Rujukan
Semakan Temuduga (untuk kursus yang ada temuduga sahaja) 23 April 2012 UPNM, UiTM, UIAM,UKM, UPM, UUM, UTM, UMS, UM
Temuduga 26 Apr – 6 Mei 2012
Permohonan Fasa 2 (Matrikulasi & Asasi sahaja) 26 Mei 2012
Keputusan Permohonan Pertengahan Julai akan dikemaskini #
Pendaftaran Pelajar Baru 1 & 2 Sept 2012
Keputusan Rayuan September 2011

 

UPU – Lepasan STPM & Setaraf (Pendidikan)

Tarikh Rujukan
Semakan Ujian MEdSI 20 – 27 April 2012 mpm.edu.my
Ujian MEdSI 28 April 2012
Semakan Temuduga 19 Mei 2012
Temuduga 24 – 30 Mei 2012
Keputusan Permohonan Pertengahan Julai akan dikemaskini #
Pendaftaran Pelajar Baru 1 & 2 Sept 2012

 

USM

Tarikh Rujukan
Semakan Ujian MUnSyI 2 April 2012
Ujian MUnSyI 31 Mac 20127 April 2012
Semakan Temuduga 23 April 2012 2pm pohon.usm.my
Temuduga 2 – 10 Mei 2012 pohon.usm.my
Permohonan Fasa 2 (Matrikulasi & Asasi) 26 – 30 Mei 2012
Keputusan Permohonan Pertengahan Jun 2012
Penerimaan Tawaran Ditutup Jun 2012
Rayuan Ditutup Jun 2012
Keputusan Rayuan Julai 2012
Keputusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pertengahan Julai
Pendaftaran Pelajar Baru 1 & 2 Sept 2012

 

MATRIKULASI

Tarikh Rujukan
Keputusan Permohonan 25 April 2012 moe.gov.my
Rayuan Ditutup 13 Mei 2012
Pendaftaran Pelajar Baru 21 Mei 201228 Mei 2012 Kolej Matrikulasi LabuanSemua Kolej Lain
Keputusan Rayuan dan Ambilan Kedua 7 Jun 2012
Pendaftaran Pelajar Baru (Rayuan & Ambilan Kedua) Jun 2012

 

KPLSPM – PISMP

Lepasan SPM Tarikh Rujukan
Semakan Temuduga 30 April 2012 moe.gov.my
Temuduga & Ujian Insak 7 – 18 Mei 2012
Keputusan Permohonan 5 Jun 2012
Pendaftaran Pelajar Baru 18 Jun 2012
Semakan Calon Ganti (jika ada) Julai 2012
Lulusan UEC & SMA/SMU Tarikh Rujukan
Permohonan Ditutup 2 Mei 2012
Semakan Temuduga 14 Mei 2012 moe.gov.my
Temuduga & Ujian Insak 21 – 24 Mei 2012
Keputusan Permohonan 5 Jun 2012
Pendaftaran Pelajar Baru 18 Jun 2012
Semakan Calon Ganti (jika ada) Julai 2012

 

TINGKATAN 6

Tarikh Rujukan
Semakan Tawaran ke Tingkatan 6 25 April 2012 moe.gov.my
Pendaftaran Pelajar Baru 8 Mei 2012
Permohonan Pertukaran Jurusan Mei 2012 Pengetua Sekolah
Tarikh Tutup Rayuan Jun 2012 Pengetua Sekolah

 

Nota

Maklumat di atas adalah berdasarkan makluman di beberapa laman web yang berkenaan dan tertakluk kepada pindaan. Jika anda mempunyai maklumat terkini harap dapat maklumkan kepada kami, terima kasih.

 

Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Tahun 2012

Tulisan dalam Akademik oleh admin

 Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 sudah boleh membuatsemakan tawaran ke Tingkatan 6 Bawah bagi tahun 2012 mulai hari ini serentak dengan keputusan permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM.

Tawaran ke Tingkatan Enam ini diberi kepada mereka yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Buat masa ini tiada maklumat mengenai syarat tersebut dikeluarkan tetapi anda boleh rujukSyarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 sebelum ini sebagai panduan umum.

 

Semakan Tawaran Tingkatan 6
Semakan ke Tingkatan 6 ini boleh dibuat dengan dua cara iaitu;

  1. Melalui laman web KPM di Semakan Tawaran Tingkatan 6 2012.
  2. Secara sms dalam format MOET6No.MyKad dan hantar kepada 15888.

 

Pendaftaran Tingkatan 6

  • Pendaftaran pelajar baru Tingkatan Enam Bawah tahun ini adalah pada 8 Mei 2012 (terima kasih kerana berkongsi maklumat ini).
  • Mereka yang terpilih perlu mencetak surat tawaran secara online dan membawanya semasa mendaftar nanti.
  • Mereka yang sedang menunggu tawaran daripada UPU, perlu melapor diri di sekolah yang ditetapkan.

 

Rayuan Tingkatan 6

  • Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 ini boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK.
  • Syarat-syarat untuk membuat rayuan belum dimaklumkan tetapi sebagai panduan umum boleh rujuk yang dikeluarkan sebelum ini di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6.

 

Pertukaran Jurusan

  • Mereka yang ingin menukar jurusan yang ditawarkan perlu membuat permohonan.
  • Permohonan pertukaran jurusan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua Sekolah kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

 

Pertukaran Sekolah

  • Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  • Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa.

 

PLKN

  • Bagi mereka yang sedang menghadiri kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan mendapat tawaran Tingkatan 6 perlu memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan untuk pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN.
  • Mereka yang terpilih ke PLKN Fasa 2 dan Fasa 3 dinasihatkan membuat permohonan penangguhan daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara.

 

Matrikulasi

  • Mereka yang telah ditawarkan pengajian ke Kolej Matrikulasi tidak akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan.


tag cloud