Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam

Posted in Kerjaya by admin

 

 

Kami mencari individu yang berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, daya tahan, komitmen, orientasi sosial serta semangat berpasukan yang tinggi untuk menyertai perkhidmatan awam.

 

Daftarlah melalui Portal SPA di Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i)
Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarangsurat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah setahun. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.
Dalam bulan Mei ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong peringkat Ijazah/Diploma/SPM yang dilaporkan oleh beberapa Kementerian/Jabatan. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan-jawatan di bawah tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Tarikh tutup untuk permohonan baru bagi kekosongan jawatan di bawah adalah sebelum atau pada 20 Mei 2012 (Ahad) jam 11.59 malam.
 

 

IJAZAH (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL)
Jurutera (Awam) Gred J41 [ Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas ]
Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41 [ Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas ]
Pegawai Penerangan Gred S41 [ Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas ]
 

 

DIPLOMA (KUMPULAN SOKONGAN I)
Penolong Jurutera (Awam) Gred J29 [ Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas ]
Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C27 [ Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas ]
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27 [ Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas ]
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DGA 29 (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) [ Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas ]
 

 

SPM (KUMPULAN SOKONGAN II)
Pembantu Perikanan Gred G17 [ Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas ]
Pembantu Keselamatan Gred KP17 [ Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas ]
Pembantu Pemuliharaan Gred S17 [ Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas ]

Guru

Posted in Kerjaya by admin

GURU: MINAT FAKTOR PENTING

PROFESION perguruan cukup diberi perhatian oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan.

Maka tidak hairanlah begitu banyak maktab-maktab perguruan didirikan.

Kini wujud pula sebuah universiti perguruan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terletak di Tanjung Malim, Perak.

Di peringkat universiti, banyak kursus yang berkaitan bidang perguruan ditawarkan.

Malah kementerian merancang menambah bilangan guru berpendidikan diploma dan ijazah.

Dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan, kementerian membuka peluang kepada guru-guru yang memiliki sijil dan diploma melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bertujuan meningkatkan tahap akademik mereka.

Ini selaras dengan usaha kementerian untuk menjadikan negara sebagai pusat kecemerlangan ilmu serantau yang pastinya memerlukan tenaga pengajar di sekolah yang berkaliber.

Kerjaya sebagai guru membuka peluang yang begitu luas. Semakin meningkat jumlah penduduk maka semakin banyak guru diperlukan – tidak kira di bandar raya, bandar mahupun di luar bandar.

Lulusan institut pengajian di bidang ini tidak perlu bimbang kerana lepasan sijil, diploma dan ijazah pertama pasti dilamar oleh kementerian selepas menamatkan pengajian.

Terdapat juga guru-guru yang ditawarkan untuk berkhidmat di sekolah-sekolah swasta.

Berhubung soal pendapatan, seseorang guru akan ditawarkan gaji dan elaun berdasarkan kelulusan mereka sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah.

Seperti profesion lain, seorang guru dalam tugasan seharian harus berpegang kepada etika dan tata susila profesion perguruan supaya tidak lari daripada matlamat murninya.

Mereka juga harus minat terhadap profesionnya serta mata pelajaran yang diajar.


Ciri-ciri peribadi yang diperlukan

  1. Meminati profesion ini.
  1. Mempunyai pengetahuan di dalam bidang yang diajar.
  2. Sanggup mendidik dan menunjuk ajar murid-murid
  3. Bersifat sabar
  4. Berkeperibadian mulia
  5. Mampu menghadapi cabaran dunia pendidikan
  6. Sanggup bekerja tanpa mengira tempat sama ada di bandar atau luar bandar

Syarat menceburi bidang ini

Individu harus menamatkan pengajian dan memiliki sama ada sijil, diploma atau ijazah perguruan dalam sebarang disiplin pengajian di sekolah.


Tempat melanjutkan pengajian

Maktab-maktab perguruan atau universiti tempatan dan luar negara. Universiti tempatan yang menawarkan kursus perguruan di peringkat ijazah sarjana muda ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan UPSI.


Syarat yang diperlukan

  1. Peringkat sijil dan diploma: Pelajar harus lulus dengan baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta kepujian bahasa Melayu.
  1. Peringkat ijazah sarjana muda: Terdapat beberapa cara untuk mengikuti kursus perguruan di peringkat ijazah sarjana muda:

Cara pertama: Pelajar perlu mendapat kelulusan yang baik di peringkat SPM untuk dipilih masuk ke program matrikulasi atau asasi. Selepas menamatkan pengajian di peringkat ini, pelajar akan ditawarkan ke peringkat ijazah pertama.

Cara kedua: Mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan STPM. Calon akan ditawarkan terus ke peringkat ijazah pertama mengikut bidang yang diminati.

Cara ketiga: Memiliki sijil atau diploma serta telah mengajar beberapa tahun juga berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama sesuai dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah.

Cara keempat: Bagi pemegang ijazah sarjana muda yang berminat menjadi guru tetapi tidak mempunyai asas dalam kaedah mengajar, mereka juga boleh berbuat demikian dengan syarat perlu memohon untuk mengikuti kursus Diploma Pendidikan di universiti-universiti atau kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di maktab-maktab perguruan untuk tempoh setahun.

Gred Gaji Guru :

 

Jururawat

Posted in Kerjaya by admin

Profesion jururawat adalah satu bidang yang sangat berharga. Bidang ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan prospek yang sangat cerah.

Jururawat disifatkan profesion yang mulia kerana ia membantu mereka yang memerlukan.

Bagaimanapun, kalangan generasi muda hari ini kurang berminat menceburi bidang kejururawatan dan memilih kerjaya ini sebagai yang terakhir.

Mungkin disebabkan pekerjaan ini tidak glamor, terpaksa mengikut shift dan menjaga pesakit yang membosankan, takut jarum atau darah serta tidak suka persekitaran hospital yang membosankan.

Ramai tidak tahu peluang pekerjaan sebagai jururawat lebih terjamin berbanding bidang-bidang lain. Kerjaya ini menerima gaji permulaan yang lumayan, termasuk pelbagai elaun dan insentif.

Malah, jururawat juga peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sehingga ke doktor falsafah. Malah, bilangan jururawat negara ini yang berkhidmat di luar negara adalah tinggi.

Negara masih kekurangan jururawat. Perkara ini bukan sahaja berlaku di hospital kerajaan, tetapi di hospital swasta juga.

Justeru, menjelang tahun 2020, kerajaan mensasarkan agar nisbah bilangan kepada penduduk adalah bersamaan 1 jururawat untuk 200 penduduk.

Secara purata, kerajaan memerlukan lebih kurang 75,000 jururawat bagi tujuan berkenaan, ini bermakna kerajaan perlu melatih dalam anggaran 5,000 jururawat setahun.

Bidang kejururawatan adalah satu bidang yang sangat mulia dan selalunya mereka yang terlibat dalam bidang ini disebut `unsung heroes’.

Profesion kejururawatan mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan mempunyai prospek yang sangat cerah, bukan sahaja di negara ini, malah di negara-negara luar seperti di Timur Tengah yang amat bersedia untuk menerima jururawat dari negara ini untuk bertugas di negara mereka dengan gaji yang lumayan.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan para jururawat agar mempunyai ilmu pengetahuan dan teori yang baik, kemahiran bidang klinikal juga amat penting bagi mereka yang memilih bidang ini.

“Para jururawat perlu mengambil peluang untuk mempelajari dan mempraktikkan segala prosedur semasa latihan di hospital dan klinik dengan sebaiknya.

“Gunakan segala kemahiran dan pengalaman untuk membantu semua pesakit yang sangat memerlukannya. Satu lagi perkara ialah agar semua jururawat mengamalkan sifat `murah senyuman’ semasa menjalankan tugas. Senyuman yang merupakan sedekah boleh menjadi ubat yang mujarab, kerana segala penderitaan dan kesakitan pesakit akan berkurangan apabila jururawat yang melayan mempunyai sifat-sifat mulia dan prihatin serta sentiasa memberikan senyuman yang manis dan ikhlas,” katanya

Berucap pada Majlis Sambutan Hari Jururawat 2005, Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Masterskill (M) Sdn. Bhd. di Cheras baru-baru ini Rosmah turut menekankan kepentingan berkomunikasi dengan pesakit.

“Berikan mereka kata-kata perangsang agar mereka rasa dihargai, tenang dan tidak risau. Kepada semua jururawat pula saya ingin menyarankan agar anda tidak berhenti setakat diploma sahaja. Teruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bagi mencapai kepuasan dalam bidang yang anda ceburi,” katanya.

Dalam pada itu Rosmah berharap agar lebih ramai lelaki menyertai lapangan ini memandangkan bilangan penyertaan yang kurang daripada mereka.

Jururawat lelaki diperlukan untuk menguruskan kebanyakan pesakit lelaki dan berharap profesion ini akan menjadi pilihan lebih ramai remaja lelaki pada masa depan.

 

Tangga Gaji Jururawat Gred U29 :

P1T1 RM1160.69 - P1T27 RM3057.39
P2T1 RM1231.78 – P2T27 RM3279.74
P3T1 RM1305.89 – P3T27 RM3476.28

tag cloud