MAKLUMAN : Permohonan Kemasukan Ke IPTA & Politeknik Sesi 2014/2015

Posted in Akademik, Umum by admin

Permohonan Kemasukan Ke IPTA & Politeknik Sesi 2014/2015 telah dibuka kepada umum pada 20 Januari 2014. Maklumat permohonan boleh dirujuk melalui klik dibawah :

Permohonan Ke IPTA & Politeknik 2014/2015

Kepada lepasan SPM 2012 & 2013 yg berminat untuk memohon boleh berjumpa dengan Cikgu Zulfikar Amirruddin untuk pembelian nombor pin dan membuat pendaftaran serta pemilihan kursus. Nombor pin juga bole dibeli di Bank Simpanan Nasional yang berhampiran. Harga untuk pembelian No. Pin adalah RM 10.60.

Tarikh Tutup Permohonan : 07 April 2014

Keputusan Permohonan Ke SBP Tingkatan 4 Tahun 2014

Posted in Akademik by admin

Hebahan kepada pelajar yang memohon untuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 4 dimaklumkan bahawa semakan online keputusan kemasukan telah pun dibuka bermula 16 Januari 2014. Klik untuk semakan :

Semakan Keputusan Ke SBP Tingkatan 4

Sekiranya berjaya dan bersetuju menerima tawaran ini, surat dan lampiran tawaran MESTI DICETAK (diperlukan pada hari pendaftaran).

 

Sekiranya tidak berjaya, Permohonan E-Rayuan boleh dibuat bermula 16 Januari 2013 10.00 pagi.

 

Permohonan Online GIATMARA 2014

Posted in Akademik by admin

Permohonan Online GIATMARA telah dibuka. Sesiapa berminat untuk mengambil Kursus Pensijilan Kemahiran boleh memohon secara online.

Permohonan Online GIATMARA 2014

Sekiranya mempunyai masalah dan inginkan khidmat nasihat pemilihan kursus serta membuat permohonan online boleh buat temujanji bersama Guru Bimbingan Kaunseling En. Zulfikar Amirruddin.

Semakan Ke Kolej Vokasional 2014

Posted in Akademik by admin

 TAHNIAH kepada pelajar yang telah berjaya menerima panggilan KOLEJ VOKASIONAL. Pelaburan & usaha anda untuk mencapai keputusan terbaik dalam PMR membuahkan hasil dengan mendapat tempat dalam bidang yang diinginkan. Semoga berjaya di tempat yang lain. Semakan melalui link di bawah:

SEMAKAN PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL 2014

Kepada yang gagal masih boleh membuat rayuan sendiri di Kolej Vokasional yang dimohon.

 

tag cloud