Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke TEVT & ILKA 2012

Posted in Akademik by admin

 

Keputusan Permohonan TEVT & ILKA

 

Mereka yang ada membuat Permohonan Kemasukan Ke Institut Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) & Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui UPU bagi bagi lepasan SPM & setaraf lepasan SKM sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka hari ini 30 Mei 2012 mulai pukul 12 tengahari.

Semakan Keputusan Permohonan TEVT & ILKA

Semakan keputusan permohonan ini boleh dibuat seperti berikut:

 

Penerimaan Tawaran

  • Semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran.
  • Pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui laman web berikut:
  1. Jabatan Pengajian Politeknik
  2. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
  3. Kementerian Belia Dan Sukan atau terus ke Status Permohonan
  4. Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia
  5. Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan
  6. Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan atau terus ke Perkhidmatan Dalam Talian
  7. Majlis Amanah Rakyat
  • Semakan maklumat dan cetakan surat tawaran pun boleh dilakukan di laman web di atas.
  • Maklumat yang berkenaan akan boleh dicetak mulai 4 Jun 2012.

 

Pendaftaran

Tarikh pendaftaran pelajar baru ke institusi TEVT & ILKA akan bermula pada 25 Jun 2012 sehingga 9 Julai 2012.
 

Rayuan

  • Mereka yang tidak berjaya mendapat tawaran ke Institusi Latihan TEVT & ILKA bagi sesi kemasukan ini boleh membuat rayuan.
  • Rayuan hendaklah dikemukakan terus kepada Institusi / Agensi TEVT & ILKA yang berkaitan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan diumumkan.
  • Dasar pemilihan permohonan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang berlaku mengikut kursus dan Institusi Latihan TEVT & ILKA selepas pendaftaran pelajar baru.
  • Tarikh tutup permohonan rayuan adalah 9 Jun 2012.
  • Jika tiada sebarang tawaran diterima dari TEVT & ILKA 4 minggu selepas tarikh pendaftaran ke Institusi Latihan TEVT & ILKA berkaitan, maka rayuan mereka dianggap gagal.
  • Mereka yang gagal boleh membuat permohonan ke Institusi Latihan TEVT & ILKA bagi sesi kemasukan seterusnya yang akan dikendalikan oleh Institusi / Agensi yang berkenaan.

 

Maklumat

  • Sila rujuk Soal Jawab Tawaran & Rayuan Kemasukan TEVT & ILKA 2012
  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 atau 03-8883 5801/5802 atau faks 03 8889 4260 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada TEVT & ILKA yang berkenaan.

Komen

tag cloud