Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM 2012

Tulisan dalam Akademik oleh admin

 

Para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang ada membuatpermohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2012/2013 akan boleh menyemak keputusan pengambilan kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi PST dan PDT mulai 25 April 2012.

Mulai pengambilan sesi 2011/2012 ini terdapat perubahan di dalam sistem program matrikulasi Jurusan Sains, sila rujuk Program Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat mengenainya.

 

Cara Semakan Permohonan Matrikulasi

Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2012 boleh disemak dengan dua cara;

        1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi. (dibuka mulai 25 April 2012)
        2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888

 

Pendaftaran Matrikulasi

Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 28 Mei 2012 bagi kolej-kolej di Semenanjung Malaysia dan 21 Mei 2012 bagi Kolej Matrikulasi Labuan.

  • Surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.
  • Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.
  • Sila rujuk senarai kolej di Program Matrikulasi KPM.

 

Rayuan Matrikulasi

Manakala mereka yang layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012.

        • Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas.
        • Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan diumumkan pada 7 Jun 2012.

 

Maklumat

        •  Sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083 jika terdapat sebarang pertanyaan.
        • Sila rujuk komen-komen di Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM 2011 sebagai panduan.
        • Sila rujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Permohonan Kemasukan Ke IKBN/IKTBN Sesi Julai 2012

Tulisan dalam Akademik oleh admin

 

Kementerian Belia dan Sukan mempelawa mereka yang berminat dan layak untuk memohon belajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) danInstitut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di seluruh negara bagi pengambilan Sesi Julai 2012. Ini bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan.

Konsep Latihan
Konsep latihan di IKBN adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat.

 

Bidang Pengajian

  • Teknologi Mekanikal
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Tekstil
  • Teknologi Marin
  • Teknologi Makanan
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Personal
  • Teknologi Sukan

 

Lokasi IKBN

  • IKTBN Sepang, Selangor
  • IKBN Dusun Tua, Selangor
  • IKBN Pertak, Selangor
  • IKBN Wakaf Tapai, Terengganu
  • IKBN Jitra, Kedah
  • IKBN Pagoh, Johor
  • IKBN Bandar Penawar, Johor
  •  IKBN Chembong, Negeri Sembilan
  • IKBN Seri Iskandar, Perak
  •  IKBN Temerloh, Pahang
  • IKBN Bachok, Kelantan
  • IKBN Alor Gajah, Melaka
  • IKBN Miri, Sarawak
  • IKBN Bukit Mentajam, Pulau Pinan
  • IKBN Kinarut, Sabah
  • IKBN Kuala Perlis, Perlis

 

Senarai Program & Syarat Permohonan

  • Senarai program yang boleh dipohon dan syarat kemasukan yang diteteapkan adalah berdasarkan kelulusan pemohon.
  • Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke TEVT & ILKA.

 

Cara Memohon
Permohonan untuk masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) danInstitut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) bagi pengambilan sesiJulai 2012 perlu dibuat secara online melalui UPU di Permohonan Kemasukan Ke TEVT / Politeknik / ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2012 / 2013

 

Tarikh Tutup
Permohonan kemasukan ke IKBN / IKTBN sesi Julai 2012 akan ditutup pada 02 April 2012.

Pendaftaran Peperiksaan SPM Dan SPMU 2012

Tulisan dalam Akademik oleh admin

 

Pendaftaran calon sekolah dan calon persendirian bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2012 telah dibuka mulai semalam 1 Mac 2012 seperti yang telah dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia di bawah KementerianPelajaran.

Borang Pendaftaran SPM dan SPMU

Calon Sekolah

  • Borang pendaftaran boleh diperolehi dan dikembalikan di sekolah masing-masing.
  • Borang pendaftaran boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) terdekat.

Calon Persendirian

  • Borang pendaftaran boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) terdekat.

 

Syarat Kelayakan – SPM

Calon Sekolah

  1. Murid tingkatan lima Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/ Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Negeri/ Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan
  2. Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.

Calon Persendirian

  1. Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE, atau
  2. Telah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu tahun sebelum mendaftar untuk menduduki Peperiksaan SPM, atau
  3. Telah mencapai umur 17 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
  4. Calon yang pertama kali menduduki peperiksaan SPM dan ingin mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja hendaklah mendapat kebenaran khas bertulis daripada Pengarah Peperiksaan.

Syarat Kelayakan – SPMU

  1. Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE.

Tarikh Peperiksaan SPM dan SPMU

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU 2012 adalah pada 31 Mac 2012.
  • Pendaftaran yang lewat tidak akan diterima.

Maafkanlah Anakmu Ini

Tulisan dalam Keibubapaan oleh admin

Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana…

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu… dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

10 Tanda Anak Anda Bijak

Tulisan dalam Keibubapaan oleh admin

Setiap ibu bapa akan berbangga jika dianugerahkan anak yang bijak, lebih-lebih lagi genius.  Walaupun demikian, di mata ibu bapa, semua anak-anak mereka adalah  bijak. Biar pun bukan semua anak dianugerahkan bakat untuk menjadi  seorang yang Genius, namun masih terdapat beberapa panduan untuk mengukur sejauh mana bijaknya anak-anak anda.
10 tanda-tanda yang menunjukkan anak anda itu seorang yang bijak :-
1. Mengekalkan Maklumat

  • Jika  kanak-kanak biasa bagaikan ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’  apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu  menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pada masa yang lain.
  • Minda  kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan  diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar  anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

2. Minat yang meluas

  • Minda  anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik  di sekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat Dinasour, bulan depan pula  angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan begitulah  seterusnya.

3. Membaca dan Menulis di awal usia

  • Anak  anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan  menulis di awal usia biar pun tidak melalui pengajaran yang formal.

4. Berbakat dalam seni muzik dan artistik

  • Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat.

5. Menunjukkan Konsentrasi

  • Kanak-kanak  biasa tidak diketahui tahap konsentrasinya biar pun dalam tempoh  panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan  konsentrasinya terhadap sesuatu.

6. Mempunyai ingatan yang baik

  • Sama seperti tanda No 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.

7. Susun kata yang maju berbanding usia

  • Kanak-kanak  yang bijak berbicara ketika kecil jika kita sering berbual dengannya  menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang dewasa, akan  cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang yang lebih dewasa.
  • Misalnya  anak-anak berusia 2 tahun akan berkata ‘Itu kucing’, sebaliknya  anak-anak bijak ini akan berkata ‘Itu Kucing yang garang yang suka  membuat bising di rumah kami’. Berbeza bukan?

8. Memberi perhatian yang terperinci

  • Kanak-kanak  yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di  sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di  tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu  berubah kedudukan dan sebagainya.

9. Bertindak sebagai pengkritik dirinya

  • Kanak-kanak  di usia kecil tidak terlalu bimbang apa yang berlaku terhadap dirinya  mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya  kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa  yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah  dirinya.

10. Memahami konsep yang rumit

  • Kanak-kanak  yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit,  melihat hubung kait antaranya, dan berfikir secara abstrak.
  • Mereka juga dapat memahaminya secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.

p/s  – Berbanggalah dengan anak-anak anda. Semua kanak-kanak adalah bijak,  terpulang kepada kita sebagai ibu bapa untuk mencorakkannya.

Guru

Tulisan dalam Kerjaya oleh admin

GURU: MINAT FAKTOR PENTING

PROFESION perguruan cukup diberi perhatian oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan.

Maka tidak hairanlah begitu banyak maktab-maktab perguruan didirikan.

Kini wujud pula sebuah universiti perguruan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terletak di Tanjung Malim, Perak.

Di peringkat universiti, banyak kursus yang berkaitan bidang perguruan ditawarkan.

Malah kementerian merancang menambah bilangan guru berpendidikan diploma dan ijazah.

Dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan, kementerian membuka peluang kepada guru-guru yang memiliki sijil dan diploma melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bertujuan meningkatkan tahap akademik mereka.

Ini selaras dengan usaha kementerian untuk menjadikan negara sebagai pusat kecemerlangan ilmu serantau yang pastinya memerlukan tenaga pengajar di sekolah yang berkaliber.

Kerjaya sebagai guru membuka peluang yang begitu luas. Semakin meningkat jumlah penduduk maka semakin banyak guru diperlukan – tidak kira di bandar raya, bandar mahupun di luar bandar.

Lulusan institut pengajian di bidang ini tidak perlu bimbang kerana lepasan sijil, diploma dan ijazah pertama pasti dilamar oleh kementerian selepas menamatkan pengajian.

Terdapat juga guru-guru yang ditawarkan untuk berkhidmat di sekolah-sekolah swasta.

Berhubung soal pendapatan, seseorang guru akan ditawarkan gaji dan elaun berdasarkan kelulusan mereka sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah.

Seperti profesion lain, seorang guru dalam tugasan seharian harus berpegang kepada etika dan tata susila profesion perguruan supaya tidak lari daripada matlamat murninya.

Mereka juga harus minat terhadap profesionnya serta mata pelajaran yang diajar.


Ciri-ciri peribadi yang diperlukan

  1. Meminati profesion ini.
  1. Mempunyai pengetahuan di dalam bidang yang diajar.
  2. Sanggup mendidik dan menunjuk ajar murid-murid
  3. Bersifat sabar
  4. Berkeperibadian mulia
  5. Mampu menghadapi cabaran dunia pendidikan
  6. Sanggup bekerja tanpa mengira tempat sama ada di bandar atau luar bandar

Syarat menceburi bidang ini

Individu harus menamatkan pengajian dan memiliki sama ada sijil, diploma atau ijazah perguruan dalam sebarang disiplin pengajian di sekolah.


Tempat melanjutkan pengajian

Maktab-maktab perguruan atau universiti tempatan dan luar negara. Universiti tempatan yang menawarkan kursus perguruan di peringkat ijazah sarjana muda ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan UPSI.


Syarat yang diperlukan

  1. Peringkat sijil dan diploma: Pelajar harus lulus dengan baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta kepujian bahasa Melayu.
  1. Peringkat ijazah sarjana muda: Terdapat beberapa cara untuk mengikuti kursus perguruan di peringkat ijazah sarjana muda:

Cara pertama: Pelajar perlu mendapat kelulusan yang baik di peringkat SPM untuk dipilih masuk ke program matrikulasi atau asasi. Selepas menamatkan pengajian di peringkat ini, pelajar akan ditawarkan ke peringkat ijazah pertama.

Cara kedua: Mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan STPM. Calon akan ditawarkan terus ke peringkat ijazah pertama mengikut bidang yang diminati.

Cara ketiga: Memiliki sijil atau diploma serta telah mengajar beberapa tahun juga berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama sesuai dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah.

Cara keempat: Bagi pemegang ijazah sarjana muda yang berminat menjadi guru tetapi tidak mempunyai asas dalam kaedah mengajar, mereka juga boleh berbuat demikian dengan syarat perlu memohon untuk mengikuti kursus Diploma Pendidikan di universiti-universiti atau kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di maktab-maktab perguruan untuk tempoh setahun.

Gred Gaji Guru :

 

Permohonan IPTA Sesi November 2011 / Februari 2012

Tulisan dalam Akademik oleh admin

 

 

Permohonan UPU atau IPTA bagi lepasan SPM 2011 kini sudah pun dibuka. Pembelian nombor pin UPU boleh didapati di bank BSN terutamanya.

Perlu di ingatkan bahawa permohonan UPU melalui 2 fasa secara online. Permohonan ke IPTA ini dijangka tutup pada bulan April 2011. Berikut adalah tarikh penting tentang permohonan UPU bagi calon lepasan SPM 2011.

 

Tarikh Permohonan UPU

  • UPU FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan : Nov – Dis 2011
  • UPU FASA 2 – Pengesahan Permohonan & Pilihan Program Pengajian : Jan –Apr 2012

 

Permohonan Ditutup : April 2012

Keputusan Permohonan : Mei 2012

Pendaftaran Pelajar Baru : Mei/Jun/Julai 2012

Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2012

Tulisan dalam Akademik oleh admin

 

Para pelajar yang telah mendapatkan keputusan PMR 2011 dan ada membuat permohonan memasuki Tingkatan 4 2012 ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online mulai 30 Disember 2011 pukul 8.00 malam.

Sementara itu difahamkan terdapat para pelajar yang telah mula menerima panggilan telefon atau surat yang memaklumkan mereka telah berjaya mendapat tawaran samada ke KV, SMT atau SMV.

 

 Semakan Permohonan KV SMT SMV

(NOTA : Semakan sudah boleh dibuat)

 

Rayuan

  • Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan.
  • Rayuan boleh dibuat terus kepada Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.

 

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik / Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 / 5073.

Jururawat

Tulisan dalam Kerjaya oleh admin

Profesion jururawat adalah satu bidang yang sangat berharga. Bidang ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan prospek yang sangat cerah.

Jururawat disifatkan profesion yang mulia kerana ia membantu mereka yang memerlukan.

Bagaimanapun, kalangan generasi muda hari ini kurang berminat menceburi bidang kejururawatan dan memilih kerjaya ini sebagai yang terakhir.

Mungkin disebabkan pekerjaan ini tidak glamor, terpaksa mengikut shift dan menjaga pesakit yang membosankan, takut jarum atau darah serta tidak suka persekitaran hospital yang membosankan.

Ramai tidak tahu peluang pekerjaan sebagai jururawat lebih terjamin berbanding bidang-bidang lain. Kerjaya ini menerima gaji permulaan yang lumayan, termasuk pelbagai elaun dan insentif.

Malah, jururawat juga peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sehingga ke doktor falsafah. Malah, bilangan jururawat negara ini yang berkhidmat di luar negara adalah tinggi.

Negara masih kekurangan jururawat. Perkara ini bukan sahaja berlaku di hospital kerajaan, tetapi di hospital swasta juga.

Justeru, menjelang tahun 2020, kerajaan mensasarkan agar nisbah bilangan kepada penduduk adalah bersamaan 1 jururawat untuk 200 penduduk.

Secara purata, kerajaan memerlukan lebih kurang 75,000 jururawat bagi tujuan berkenaan, ini bermakna kerajaan perlu melatih dalam anggaran 5,000 jururawat setahun.

Bidang kejururawatan adalah satu bidang yang sangat mulia dan selalunya mereka yang terlibat dalam bidang ini disebut `unsung heroes’.

Profesion kejururawatan mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan mempunyai prospek yang sangat cerah, bukan sahaja di negara ini, malah di negara-negara luar seperti di Timur Tengah yang amat bersedia untuk menerima jururawat dari negara ini untuk bertugas di negara mereka dengan gaji yang lumayan.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan para jururawat agar mempunyai ilmu pengetahuan dan teori yang baik, kemahiran bidang klinikal juga amat penting bagi mereka yang memilih bidang ini.

“Para jururawat perlu mengambil peluang untuk mempelajari dan mempraktikkan segala prosedur semasa latihan di hospital dan klinik dengan sebaiknya.

“Gunakan segala kemahiran dan pengalaman untuk membantu semua pesakit yang sangat memerlukannya. Satu lagi perkara ialah agar semua jururawat mengamalkan sifat `murah senyuman’ semasa menjalankan tugas. Senyuman yang merupakan sedekah boleh menjadi ubat yang mujarab, kerana segala penderitaan dan kesakitan pesakit akan berkurangan apabila jururawat yang melayan mempunyai sifat-sifat mulia dan prihatin serta sentiasa memberikan senyuman yang manis dan ikhlas,” katanya

Berucap pada Majlis Sambutan Hari Jururawat 2005, Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Masterskill (M) Sdn. Bhd. di Cheras baru-baru ini Rosmah turut menekankan kepentingan berkomunikasi dengan pesakit.

“Berikan mereka kata-kata perangsang agar mereka rasa dihargai, tenang dan tidak risau. Kepada semua jururawat pula saya ingin menyarankan agar anda tidak berhenti setakat diploma sahaja. Teruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bagi mencapai kepuasan dalam bidang yang anda ceburi,” katanya.

Dalam pada itu Rosmah berharap agar lebih ramai lelaki menyertai lapangan ini memandangkan bilangan penyertaan yang kurang daripada mereka.

Jururawat lelaki diperlukan untuk menguruskan kebanyakan pesakit lelaki dan berharap profesion ini akan menjadi pilihan lebih ramai remaja lelaki pada masa depan.

 

Tangga Gaji Jururawat Gred U29 :

P1T1 RM1160.69 - P1T27 RM3057.39
P2T1 RM1231.78 – P2T27 RM3279.74
P3T1 RM1305.89 – P3T27 RM3476.28

Selamat Datang 2012 Dunia Melihat Kita Kini!

Tulisan dalam Umum oleh admin

Selamat datang tahun 2012, masa terus mengejar kita dan juga ucapan selamat lahir ke dunia BLOG UBK SMKTP yang baru lahir pada tahun ini. Dapat anak baru SMKTP, tahniah.

Dengan kesibukan tugas-tugas sudah lama teringin membuat blog mengenai kaunseling SMKTP, namun sering sahaja tertangguh. Nah akhirnya berjaya juga blog ini di lahirkan agar dunia dapat melihat ‘anak comel’ ini. Mudah-mudahan blog ini akan memberi manfaat kepada kita semua dengan harpan isi-isi di dalam dapat membantu anak didik dan mereka di luar sana.

Kami cuba mengemaskini segala maklumat yang diinginkan dalam segala bidang berkaitan kaunseling. Berilah masa, kerana kami baru di lahir dan ingin bertatih perlahan. Masa, tolonglah jangan cemburu kami untuk meng’update’ blog ini.

Semoga Allah mudahkan segala jalan kerja kami dalam membantu mereka, walau tidak semua di terima, sedikit pun jadilah. Amin.

tag cloud